aku dah tak bermaya (untuk cintan cintun)

November 29, 2009 oleh gopengkampar

aku dah langsung hilang idea untuk update blog yang bosan ni..aku dah tak bermotivasi untuk menulis cebisan2 karyaku yang power ini ke laman sesawang wordpress..hahahaha.

aku tak ada modai..

aku belum jatuh cintan sejak keceper dengan baya…

bila lagi ntahh..

cuma sebulan dua ni aku banyak settlekan hal flying dan aku fly dengan banyak sekali….

hours aku dah cecah 120 hrs…total…so ada lagi 80 hrs to go…tak termasuk ground school yang sangat tak best dan menyeksakan..

apa la dah jadi dengan baya sekarang..dok juai ayaq kat depan skolah ka…kasihan sungguh pada perempuan ini..misguided, mistreated,mismatched….

laa ni aku dok gila lagu2 carrie underwood..harap2 satu hari nanti aku leh nyanyi kat baya…”I TOLD..U SOOO”

wah kah kah.

 

 

inilah dia kapal yang aku bawak sekarang…makin kurang canggih..tapi dengan kapal ni lah aku terbang dengan banyak skali..sebab semua orang pakat kalut nak terbang yang canggih..tak berapa ramai nak fly yang ni…aku amik…aku fly tiap2 hari..padan muka depa. kah kah kah

 

 

 

 

partner mutual aku stephanie..

kerana kamu bodoh, dia pulak setan

Oktober 3, 2009 oleh gopengkampar

Kalaulah ibu bapak hang tak berkenan dengan seseorang yang nak dibuat menantu, akurlah dengan keputusan mak pak kamu tersebut..kerana…long term nya…akan nampak laaa kenapa..hal ni terjadi kat family aku sendiri..so aku tau laa…

Kenapa la baya bodo sangat pi ikut anak hantu azad tu menikah kat siam..baya masih belum kena berak oleh azad yang celaka…aku peduli apa aku tak kisah aku kutuk azad kat sini..nak belasah aku ka? mai laa…aku londeh seluaq hang..kote kecik  punya jantan…

baya pulak..awat la kaki kencing ni gak yang hang nak..takdak yang lagi elok ka? aku tak marah hang tak pilih aku..aku no hal pun..tapi pilih la yang berjenih sikit..ni yang hancur lebur gak dia amik..orang bagitau berasas..bukan orang reka2 cerita…pastu tak pasai2 nak marah kat sedara sendiri walhal semua ahli keluarga hang baya, sayang kat hang…depa tak mau hang kawin dengan jantan ponen tu..dah la kaki kencing..member pun takdak…dok buat taik kat sana sini…nanti dia berak kat hang, kat sapa hang nak lari…keluarga sendiri hang dah ketepikan…..

hang mungkin marah baca macam ni..tapi percaya laa..satu hari nanti..baru hang nampak kenapa orang tak kasi hang kawin dengan setan tu…

ok lahhhhhhh

aku tak ada idea laa nak tulis…

DSC00208dah nampak dahhh..masa depan cik kak sorang ni..bisnes baru bukak dah tutup seminggu..ni gara2 kawin lari kaa? camna nak maju bisnes ni..aku jamin tak balik modai punya…time tu merana laa..apakan daya kawin dengan seorang durjana…

DSC00209cun nya chopper tu pada pandangan aku..ada sapa2 tak nak kasi pinjam 70k kat aku..tak cukup lagi 70k nak buat course chopper ni…teringin laaa….naik chopper best..terbang rendah, boleh hover..boleh land sana sini sesuka hati….tapi mahal laa..

DSC00210bukan niat aku untuk menolong mereka mengiklankan minuman2 lazat ini…salah satu cara nak balik modal adalah leasekan ruang iklan kat chopper hang..hahah..sticker jaa tu..tengok dekat2 ada yang dah nak tercabut dah…kaler asal chopper ni putih..

DSC00211inilah trademark robinson..dari r22 sampai laa r66..semua cyclic ni style macam ni..jimat space dia kata..nak masuk pun senang..siap patent lagi..tapi aku tak rasa ada orang nak copy natang ni…apa2 pun..robinson adalah manufacturer helicopter number satu di dunia…dari segi sales….

DSC00212

haaaaaaaaaaaa

terbaekkk…hahah..walaupun dia bukan taste aku..

DSC00213

ada sapa2 ka nak pinjam kat aku 70-100k ka..tolong kawan2…

Selamat Syawal…

September 23, 2009 oleh gopengkampar

tudia la orang kata..umat akhir zaman macam hampa semua ni…syawal disambut meriah..ramadhan disambut suram. Happy ja hampa semua sambut syawal noo…time ramadhan, liat ja nak posa, nak pi terawikh..padahal dah terang terang ibadat bulan posa tu pahala berlipat kali ganda…insaflah teman sekalian…termasuk diri aku juga. hahahaha.

aku tinggai posa dalam 6 hari tahun ni…tapi semua bersebab okey..bukan saja2 nak tinggai. bukan saja2 liat tak mau posa okay..macam sesetengah orang…tu pun ada hati nak sambut raya macam hantu raya.

tahun ni aku raya macam biasa laaa…1st day tu pas smayang raya aku tidoq….2nd raya..kami pi road trip ke pendang, kangaq, dan jitra..melawat rumah kawan kawan sekalian..dulu time pas spm lagi la..sanggup naik moto..pi sampai kuala nerang sana..hampa tau la kuala nerang tu jauh gila kan..bayangkan laa..la ni dah ada keta, jadi malas pulokk..

DSC00191

aku dan driver aku, wak karso…dia tak dapat pulang ke jawa timur taun ni..jadi aku pun bawak dia beraya dengan kawan2 aku..tengok cam mana orang sambut lebaran kat malaysia

DSC00194

ni dia..simpang kodiang..sapa orang kodiang sini..

DSC00196

hampa perasan dak..makin lama usia kita makin meningkat ni..bila kita dah tua..tiap kali raya akan ada laa jemputan2 kawin..makin taun makin banyak..tu tak kira lagi kawan2 yang kawin senyap2 dulu..taun ni ja..banyak budak2 batch aku mrsm pdrm nak menikah..yang dah menikah pun ramai..taun ni first time raya sebagai suami isteri..aku tepon..

“alamak kawan..taun ni aku beraya kat umah bini laa..nanti aku p raya rumah hang bawak bini

hari ni dapat sms lagi..nak mintak alamat nak hantaq kad kawin…

dalam banyak2 yang kawin tu..hampir semuanya pompuan laa..budak2 laki tatau la pasaipa..mungkin depa masih belum berkerjaya macam aku..yang budak2 pompuan tu plak..yang budak2 laki kat maktab tak pandang dulu..ada yang dah nak beranak..ada yang dah kawin..ada yang dah nak kawin..hahaha.. lawak laa..dulu kat maktab hampa nak pandang pun takmau..laa ni depa dah potong hampa..depa kawin dulu. hahaa.padan muka.

persepsi masyarakat laa ni..orang pompuan kena kawin awai..kalau dak tak laku..jadi macam seorang cikgu yang dok ada tu..makin tua..makin emo plak dia..sampai nak sound orang kat facebook..dia taktau ka kawan aku tu melawak semata2…tu laa…makin tua makin sensitip…sebab tak kawin lagi.

orang laki kawin lambat tak pa..sebab nak kena kerja kuat, kumpul harta…

kawin kawin..satu benda yang kompleks laa..aku tak bersedia laa nak pikiaq..aku tak bersedia nak lepaskan kehidupan bujang..la ni bujang, nak keluaq p mana pn takdak masalah..kalau dah kawin..sure kena bawak bini. Bosannnnn..nak spend duit pun kena discuss dengan bini..bosannnnn…nak raya rumah kawan2 pun…kena tanya bini..bosannnn…nak sembang hal2 kopi jantan..bini ada..takleh sembang..bosannnn….dah kawin…tiba2 ahli keluarga bertambah jadi 2 kali ganda….jenuh nak kenai…hat yang ada la ni pun tak kenai semua..masakkkkkk..bosannnnnn…

kena balik awai pas kerja, takleh pi lepak2..bosannnnn….

apa lagi?

tu la orang kata..lelaki dan pompuan ni memang banyak berbeza. pompuan takleh paham laki, laki takleh paham pompuan..salah satu dari banyak2 benda yang aku takleh paham pasai pompuan..kenapakah depa kalut nak kawin?

nak mengata blog orang

September 15, 2009 oleh gopengkampar

Aku dah selamat sampai ke Penang, setelah gagal berbuka posa bersama family smalam sebab kawan aku buat taik tak jadi balik..setannnn

Malam ni aku online puas2…kalau dah kata online tu, buatpa lagi kan…fesbok. you tube. forum. baca blog orang. sambil tengok cara2 buat pizza kat u tube. pastu adalah aku belajar tajwid, tafsir kitab, tazkirah dan sebagainya. tapi kalau hampa kenai aku, hampa tau part2 aktiviti yang last2 tu tipu semata2.

Dulu sebelum masuk skolah memandu kat ipoh ni…aku selalu gak baca blog2 pilot yang ada kat malaysia ni. Banyak wannabe pilot laa…macam aku. Yang betul2 online pilot (operational) pilot tu ada 2-3 ekoq ja. Masa tu baca blog depa, aku rasa kagum laa..pehhh…dok terbayang2 bila pulak turn aku nak jadi cam depa. Alhamdulillah dimurahkan rezeki, aku dapat….bila aku dok dalam posisi depa laa ni, aku rasa depa ni cam poyo smacam pulak.

Kebanyakan blog dalam english laa…ada yang berbaloi untuk dibaca, tapi banyak yang hang rasa nak maki ja..nak kutuk ja..poyo yang teramat. English pulak berterabur, bukan la nak kata english aku power, tapi aku cukup tak berkenan laa kalau orang2 dok pakai english Ah Beng ni..naik meluat aku. Ingat class ka???  English macam reban ayam toksah dok bangga laa..especially chinese laa..bukan nak racist laa kan. tapi aku rasa toksah la dok pakai english murahan camtu. Takdak class…biar berterabut sikit takpa, tapi jgan laa ada “laahhh” kat ujung ayat. Standard english camni dok estate kecik boleh la nak bangga.

tu pasai english, pastu pasai…alaaa…aku nak cakap..common sense laa…jgn dok perasan sangat laaa jadi pilot tu elok..dok bangga2…macam la hang sorang ja pilot…toksah dok kalut tera mana aihhhh..tak kemana semua tu. Buang la sikap cempera hang tu jauh2…toksah dok buat kemaih kat sini..aku tau hang nak pulun jadi pilot, baguih laa..tapi kurangkan la sikit kepoyoran tu..naik meluat aku tengok..Poyo macam mana ahh? hmmmmmm…macammm…poyo laa..terlebih semangat la camtu. Orang tak rasa kagum laa…meluat ada laa..

Aku rasa ada 3-4 blog ja yang worth it nak dibaca kan. Blog2 pilot laaa…hampa pi taip zosat. haaa, dia bukan idola aku..tapi aku suka laa cara dia meluahkan perasaan dalam blog. Biar natural..tak payah nak tunjuk kemaih.

Baya dah delete aku dalam fesbok (tak habih2 lagiii)..ni yang nak mengucap panjang2 ni. hahahha. awat ntah.apa yang aku buat salahnya……tak tercapai dek akal makkk untuk membuat tekaan. Nak hantaq message pun takleh tu..

Aku harap sangat, raya tahun ni raya aku yang last sebagai pelajar. Next raya, aku nak kerja..ada gaji, ada buleh kasi duit raya kat sapa2 yang layak menerima duit raya…aku dah segan laa..kawan2 aku semua dah ada duit ni. pelaq apa ntah..aku punya bila? (Ni hint nak hampa semua bagi duit raya kat aku)

saja nak upload gambaq lama…gambaq pembaca setia blog aku yang hina ni (ataupun blog yang dok hina orang)

DSC00062cheqna dan toy boy nya…teruk betui taste cheqna ni…ntah mat estet mana dia sapu..muka camni layak cabut rumput blakang rumah aku jaa

DSC00059semua anak teruna kecuali yang baju kotak2 tu

DSC00066nantikan perkembangan terkini siasatan kes rompakan bersenjata api di rumah yang depa diami.

DSC00067haaaa hat yang ni elok sikit, walaupun otak dia tu suku ja boleh pakai…dengaq kata graduate dari skolah pendidikan khas..

DSC00054ishhhh sapa laa yang hensem sangat ni. Kuruih lak tu…awat laa Baya takmau kat dia..bulu dada pun terkeluaq sikit2..

Cita pasai Baya lagi..hampa tau dak..smalam kan..aku mimpi aku pi rumah baya. Kahkahkah..aku pi rumah baya aku sembang ngan mak dia…mak dia ja ada kat rumah..kami membincangkan isu2 semasa laaa..tiba2 baya, abang, ngan kakak dia beserta anak buah dia balik..aku pun taktau laa macam mana muka kak dia..haram tak penah tengok..abang dia pun aku kenai..muka mak dia pun sipi2 ja aku rasa padan ngan memori otak aku ni..nak buat camna kan..dah kata pun mimpi..baya tengok2 aku dia jadi tak puas hati..nak marah2 aku..aku pun blahhh laa…macam tu la lebih kurang ending mimpi ter sebut…tak basah punnn…

selamat tinggal kucing

September 9, 2009 oleh gopengkampar

Mak kata, jangan amik gambaq kucing…nanti kucing tu hilang ataupun mati….aku takmau sangat percaya folklore2 orang2 kampung merbau kudong ni…aku percaya ajal maut ditangan Tuhan..binatang mati masuk syurga kan?

Pagi ahad aku bangun cam biasa laa dalam pukul 10 lebih..keluaq2 bilik, adik aku menangis bagitau aku :

Abang, tom dah mati…

Haaa sapa mati?

Tom….tu kat luaq…

camna dia buleh mati…

kena langgaq..

aku jadi terkedu tak mampu nak cakap apa..tak sangka sangat. Tom ni kucin favourite dalam family aku..kami ada 4 ekoq kucin. Tom paling baik, sekoq lagi cengei nak mampuih, sekoq lagi naif…slalu kena pukui ja dengan yang cengei tu, sekoq lagi betina..tau balik rumah nak makan ngan beranak ja..sekoq lagi Tom…Tom ni asal usul dia dari UPM Serdang, adik aku amik dia time dia kecik2 dulu, time dia sakit. Adik aku hantaq dia ke rumah maknjang aku…bela dia sampai dia sihat..pastu cuti semester adik aku bawak dia balik ke Penang nak bagi kawan dengan sekoq yang cengei tu..

Yang aku terkilan bukan sebab apa..Tom ni laa yang tukang layan si Putih yang selalu kena pukui tu..tukang layan dia main..Tom baik tak penah pukui orang…asyik dia kena pukui ada laa..dengan kucin2 liar yang berkeliaran kat rumah aku..sebab rumah aku ada makanan kucing sedap..cap Tesco. perisa ayam..bagus kucin2 aku ni semua..friskies ngan whiskas yang mahai tu depa tak lalu makan..yang cap Tesco yang murah depa suka…sebab tu aku sayang kucin2 aku..

Malam sebelum dia mati tu…aku tengah baca buku The UP Saga yang mat carl post kat aku…tiba2 pintu bilik bergerak..aku tutup pintu tak rapat..ingat kan sapa laa yang tolak, aku bukak pintu tengok2 Tom terus masuk dalam bilik aku..aku biaq laaa..pas dia jilat bulu dia 2-3 round, aku pun nak tidoq dah..aku tutup lampu..Tom mai naik atas katil aku..nak tidoq skali..aku pn biaq laa..aku memang tidoq dengan kucin…kalau tringat balik, sayup jaa rasa hati ni..sedih, sebak..tak sangka dia dah mati..

Ni semua angkara kucin2 setan laa ni. Tom tak pandai bergaduh…so bila dia kena ligan dia lari jaa..aku suspek dia lari sampai atas jalan..kucin kan dia mana tau apa..kucin mana ligan tu aku rasa aku tau..lain kali dia mai tau la aku nak buat macam mana..

Aku sedih sangat laaa..sebab aku teringat2 lagi malam last dia mai tidoq dengan aku tu…tu yang buat aku sebak sangat. Kesian dia..mana kita tau kan ajal..ntah dia pun tau atau tak…

Mak aku tepon adik aku kat UPM tu…menangis dia.

Takpalahh…..

Aku dah dapat PPL. Selepas berangan2 ja, la ni aku layak dipanggil pilot..walaupun lesen aku ni lesen private ja. PPL. Tunggu 200 jam aku nak claim lesen CPL plak. Hours aku la ni dalam 50 lebih laaa…

Nak cita lebih2 pasai test, apa sangat la pencapaian aku ni kan…masih boleh belum dibanggakan..perjalanan masih jauh…

Musim orang menuai anak telah tiba..

yang aku terasanya….

ex awek aku Izzah, nak menikah raya ke 3…Baya nak bertunang raya ke 4. Sapa lagi sapa lagi….amboih. terasa aku. Awat orang2 yang mencuri hatiku ini semua dah berpunya aa…awat tak melekat kat aku..

Aku mmg sayang Izzah…walaupun dah 6 tahun clash..aku masih rasa palat. Dan aku rasa sedih plak dia nak kawin..rasa terkilan..

Aku mmg suka Baya…walaupun cinta tak menjadi, aku masih rasa palat. Dan aku rasa sedih plak dia nak bertunang..rasa terkilan. Kenapa bukan aku..semoga Baya membuat pilihan yang betul..

party in ipohhh

Ogos 31, 2009 oleh gopengkampar

IMG_3483

Ni apa party2 ni…setan betoi la hampa semua ni (marah tajuk sendiri) hahaha..takdak apa2 party pun bulan yang mulia ni. Aku ni bukanlah party animal apantah lagi seekor binatang. Aku masih seorang manusia yang mempunyai nafsu serakah dan juga nafsu ingin kurus tapi tak tercapai2 lagi impian untuk memiliki tubuh berketak2 setelah sekian lama meninggalkan bidang sukan umpama seperti hoki, sepak takraw, karomm dan chess..

aku kat ipoh ni, malam2 merdeka ni mesti banyak party kan..walaupun bulan posa ni, apa nak jadi la melayu2 yang berparti ni, maksiat arak jahanam ja semua tu, sungguhpun hampa semua suka parti tapi hormat la bulan posa ni…ooo..posa buleh, tapi malam nanti hampa sahur minum beer ka? ada ka patut? insaflah wahai teman, walaupun teman tak berapa nak alim tapi teman tau benda2 yang tak patut dibuat orang…tak berkenan la aku majlis2 party kat club ni..apa yang syok sangat ntah…bertuah la nooo sapa2 yang dapat berkawin ngan seekor binatang party. Mesti hidup hang happening sampai mati. Dalam kubur lagi happening. Hahaha. macam la kubur aku aman damai kannn…insyaAllah. Aminnnn..

Aku takdak gambaq terbaru nak letak. Aku letak ja gambaq terlama yang ada muka aku yang aku terjumpa dalam laptop kawan aku ni…hahaha…gambaq zaman lama itns kat skolah lama..la ni dah pindah skolah baru dah…dah tak usang, dulu sebijik macam sekolah arab..

Tak cakap ngan baya lagi, ntah bila nak balik Penang ni, minggu ni jumaat kot aku balik…this weekend aku pi kl hari jumaat…jumpa kawan2 semaktab. Sue dah pakai tudung. Haaaaaaaaaaaaaaah. aku dah agak dah. Ni perubahan appearance hang kan, bagus2…makin tua makin alim takpa, jangan sebaliknya pulak. Makin tua makin haru, makin tua makin berparti minum arak…tu tak bagus. Semoga dijauhkan. Aminnn sekali lagi..

Baya kalau baca, klik kat sini.. tatau laaa camna nak cita…i rindu sama u baya. Hahahaha. Tapi camna ni, raya semakin hari semakin hampir, raya ke 4 semakin hampir…apa patut aku buat? nak crash majlis bertunang ka? hahaha. tak patut tak patut…raya ke 4 aku nak melawat kawan2 sapa2 yang buat open house…tringin nak makan kambing panggang lagi.

Hari ni aku tak posa. Tapi ada sebab. Aku fly 3 jam lebih kot hari ni…tengahari lak tu. Bahaya ok kalau posa. Aku fly ni aircraft kecik..terhenjut2 kalau kena tolak angin, panas lagi tu, berpeluh2 dah dalam tu…so memang akan pakai banyak tenaga…kalau posa dikhuatiri ada effect low blood sugar, ni semua dah belajar dalam ground skool…tapi aku minum ayaq jaa..100 plus. makan roti sikit2. takdak duit laaa..ni nak makan sokkk aku nak korek tabung babi sapa ntah..

Nordin : Eh, tu ayaq sapa tu? (kalih tengok seat belakang)

Aku : Ayaq saya punya

Nordin : Kamu tak posa ka?

Aku : Tak sir, nak fly lama hari ni, takut tak larat, satgi nak pi solo lagi

Nordin : Ok ok..

Lagi 3 sortie dual, habis la PPL aku, insyaAllah.

Kawin dan Seni Teater

Makin aku pikir makin aku konpius….terutama teater laaa…aku jadi pelik..sungguh2 depa ni berlakon..lumayan ka? pastu hampa tau laa isi2 motif dia banyak pasai harta benda laa..konon2 duit pa semua ni tak penting

Ada aku skali pi tengok teater kompilasi volume 1 kat dewan bahasa pustaka tu…ceritanya pasai sorang mamat ni bercinta dengan awek dia..nak dipendekkan cita mat ni tak kaya, merempat, awek dia kaya..tapi awek dia sayang dia..cinta sejati laa ni, bukan cinta duitan..last2 sebab sayang sangat kat awek dia, dia bunuh awek dia, pastu dia bunuh diri..cerdik tak. Alasan dia, dia tak percaya dalam perkahwinan, dan salah satu tekad dia untuk idup bersama selamanya ngan awek dia adalah mati skali…time aku tengok tu..hati aku dok kata

” apa pukimak laa cita ni, tak paham aku”

orang2 yang bergiat teater ni, pada pandangan aku laaa..macam memandang hina plak kat orang2 biasa, yang hidup macam orang biasa…mengejar wang nak sara hidup..konon dalam hidup depa ni, depa ni kira pure laaa…hidup tak berlandaskan nafsu nak hidup mewah, cukup apa yang ada..kira manusia2 biasa cam kita yang dok kejar duit ni, pada pandangan depa…idup kita ni sangat pura2 dan tak lengkap..piraaahhhhh…pungkoq hang laaa…kalau takdak duit nak makan ka skrip teater hang…orang2 pure teater pun terpaksa masuk mainstream nak cari makan..

tu la pasai, makin aku cuba tengok teater, makin pelik pandangan aku kat mat2 dan minah2 ni..dalam hati aku lagi

“depa ni pikiaq banyak sangat, lama2 buleh jadi gila”

tapi manusia..macam2 ada…aku anggap ja depa ni spesis yang unik…entertainment..walaupun aku haram tak terhibur pun..

teater best yang aku tengok pun, Air Con. sebab lucah dan cakap kedah..

aku buta it

Ogos 23, 2009 oleh gopengkampar

butoh la camna nak buat menatang bendera2 negara kat bawah ni pi dok sebelah..

ohhhh haiiii

salam perkenalan kawan2 sume!!! salam ramadhan. Sori la mak mencarut. tapi takpe kan sebab dah malam….kalau siang, dah kurang la pahala posa mak..

Pada hari ni seorang mat telah berchat ngan aku kat ym…terima kasih laa no mat kerana muncul menegakkan keadilan dan usaha mengelakkan dari kemungkaran dari berlaku…

Akan aku usahakan la sebaiknya untuk mendedahkan kebenaran.

Aku kat ipoh ni, hari pertama posa, hahaha..no big deal. Aku posa steady. mana ada tinggai2. aku tak paham la orang2 tinggai posa tapi tak buat pa ni..liat sangat ka nak posa.

Hari ni aku pi sekolah, ada 4 orang bapak2 indonesia kat ops room, depa nak terbang ngan capt nordin.

capt nordin : haaa ni sapa gamal, adri, si polan dan si polan (aku terlupa nama)

indonesian : saya pak!! siapp!!

capt nordin : ooooo bagus2, dah lama saya tak dengar perkataan tu, saya dok kat indon 2 tahun dulu

gamal : bapak kerja militer yaa dulu

capt nordin : haaaa…yaaa..militer..saya di sana sebelum timor timor independent lagi

si polan : oh begitu ya bapak, saya dari timor2, bersekolah di sana

capt nordin : wahahaha …macam mana timor timor sekarang, dulu mereka mau independent pasai mereka ingat dah independent senang dapat uang, tengok, skarang lagi susahh…

si polan : iya pak, sekarang sudah ada 4 currency, amereka dollar, indonesian rupiah, australian dollar, dengan portugal punya..keliru pakk

hahahaa capt nordin ceria semacam hari ni. Ya laaa..depa yang budak2 sri wijaya ni semua dah tua2..semua dah ada at least 200 hrs single engine..dia layan depa pun macam orang dewasa, dengan gaya dia yang keloloh, lawak gak, tak pernah tengok dia baik camni ngan student…kalau stage PPL cam aku ni, siap laaa kalau terhegeh2…yang aku lawaknya

capt nordin : kamu semua, saya difahamkan, sudah ada hours, berapa ya?

gamal : 200 hrs something pak, tapi SAYA SUDAH 12 TAHUN TAK TERBANG!!

wah wah wah chan. kedai emas wah chan. Lama gila babi pria ni tak terbang…tapi respek, depa ni dapat kerja ngan sri wijaya, nanti dah habis 6 jam instrument rating kat ITNS, depa nak pi Johannesburg buat rating Boeing 737-200. Semua takdak twin engine rating lak tu, pelik laa DCA Indonesia nii..

mampuih pi laaa..

laaa ni aku ada misi penting nak menyelamatkan hidup seorang gadisss….

Ogos 23, 2009 oleh gopengkampar

free counters

citra cinta di red fm

Ogos 21, 2009 oleh gopengkampar

Kak Lin,

nama saya Aaron Ackhart (nama sebenar dirahsiakan). saya berumur 24 tahun dan masih menuntut di salah sebuah sekolah memandu di tengah2 wilayah utara semenanjung. Saya masih lagi bujang dan tidak pernah berkahwin tetapi acap kali saya telah jatuh cinta tetapi malangnya kesemuanya tidak kesampaian.

Pada bulan Jun tahun ini, saya telah berpeluang berkenalan dengan salah seorang saudara kepada sahabat saya. Namanya Sally Nolan (bukan nama sebenar), manis dan petah berkata2 orangnya. Pertama kali saya bersua muka dengan Sally seperti dikatakan jatuh cinta pandang pertama. Terpegun saya melihat senyumannya sehingga angau pada minggu berikutnya dan minggu satu lagi.

Dengan tidak membung masa saya pun merayu2 kepada saudara Sally supaya dibenarkan untuk berkawan dan juga mintak number telepon nya. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa gembiranya saya apabila selepas berbalas2 pesanan teks ringkas (SMS) Sally telah menghubungi saya di telepon dan itulah pertama kalinya kami bercakap. Sungguh gembira saya pada waktu itu.

Tetapi langit yang diramalkan cerah hingga ke petang, rupanya hujang (terengganu) di tengahari sampai petang dan maghrib pun hujang, tak sempat saya nak tengok cahaya matahari sebab awan melindungi matahari sampai maghrib kan. Maksud saya, tiada lagi cahaya cinta menyinari saya pada episod cinta saya kali ini.

puteri di taman memakai gelang

rambut berjurai di bawah mahkota

bunga idaman di sambar helang

jatuh berderai si air mata.

Hati sally kini milik orang, sungguh saya tak sangka kan tiba2 je macam tu. Pada mulanya sally melayan saya baik tetapi masuk minggu ke dua ke tiga, mula kurang khidmat pesanan ringkas darinya, panggilan telepon takyah cakap la kak lin, bagai menunggu kucing saya berak emasss…jarang sangat2 lah.

melompat belalang seperti disampuk

melihat memerang hendak berperang

apa malang si bujang lapuk

bunga di tangan di sambar orang

saya telah belajar menerima kenyataan bahawa setiap benda yang kita inginkan tak semestinya kita akan dapat kak lin, walaupun prinsip hidup saya bak kata pepatah melayu “i dont take no for an answer”..tapi kali ni jawapan yang saya terima adalah bukan no tapi never. Fair lah tu kan.

Tolonglah saya kak lin, tolong doakan supaya saya bertemu jodoh dengan orang2 yang sebijik macam sally nolan ni. at least terubatlah hati saya.

Aaron Ackhart

p/s : boleh tak kak lin mainkan lagu ungu – cinta dalam hati, kerispatih – bila rasaku ini rasamu. Juga nak buat shout out kat kawan2, untuk sue, farid, kema, jimi, azri, chekna, fatah, nani, mat zaini…bila kita nak bukak posa ramai2? Rindu kat uolssssss..

terkejut budaya

Ogos 19, 2009 oleh gopengkampar

pada tanggal hari ni si amirul telah dikejutkan dengan dua kejadian manis dan tidak disangka2 oleh beliau.

amirul yang berbentuk humpty dumpty ni, setelah mengambil lunch nya, telah gatai2 tangan menghantar email kepada carl nielsen, owner United Plantations (UP, Perak UPB, Perak Jendarata) nak request permission untuk landing kat carl punya padang terbang yang banyak tu.

*********************************************************************

Dear Encik Amirul

Thank you for your email the contents of which are noted. United Plantations has built and maintains the total costs  for the upkeep of her airfields, which fall under the category of private airfields.

In this connection we do not encourage the usage of our airfields by third parties outside our group of Companies as this will set a precedence for others and also compromise on the overall safety as we do frequently operate from our airfields and wish to minimise the risks of accidents.

Your kind request to make use of our airfields can therefore only , as a very special consideration be granted for one full stop landing only and subject to you informing me precisely of your ETA at the said airfield. When approaching the airfield please keep a vigilant eye out for small crop dusters or other light aircraft as I often fly around the area with visitors or alone.

I will gladly send you a book of our company’s history if you give me your address since you appear to be genuinely keen on history.

Good luck with your flying and always do take care.

Kind regards

Carl Bek-Nielsen

Dato’ Carl Bek-Nielsen

Vice Chairman & Executive Director

United Plantations Bhd

Jendarata Estate

36009 Teluk Intan

Malaysia

tlf: +605 6411 411

fax:+605 6411 876

*********************************************************************

Wah!! pasaraya wah chan. amirul humpty dumpty tak pernah expect reply dari seorang jutawan yang sebegini pantas. Dia memang banyak free time kot, estate kat area2 teluk intan, sabak bernam, ulu bernam, sungai bernam tu semua dia punya…mesti dia sebok flying tapi amat mengejutkan nak dapat reply secepat ini.

Amirul humpty dumpty pernah jugak email kartini si cantik 3R…tapi apa yang direply hanyalah automatic reply. sampai la ni dok tunggu respon kartini tak reply pun,hampas nyiok betoi la kartini, seb baik hang dah kawin…kalau tak aku spam email hang. baru hang tau. ni belum keluaq lagi ayat2 bruce lee dari mulut aku. hahaha.

Maka, pada malam selepas balik dari tesco, amirul hunky dunky telah diajak lepak oleh 2 sahabat beliau yang telah berkerjaya tapi masih single. Kira perjumpaan geng loser laaa ni.

Sedang amirul hunky dunky asyik ingin memulakan sesi menterkedarah makanan malam tersebut, suatu panggilan telah hinggap di telepon bimbit beliau. tidak dikenali nombor tersebut.

Aku pun angkat laa, macam cakap ngan kawan2 aku pun hoii

“hoiiii…haaaa…awat, hang kat mana”

bersopan sungguh maakkk jawab phone kann??

tengok2 suara kat ujung talian suara pompuan tapi aku masih tak dapat tangkap sapa, nak kata suara macam ada suara dura, tapi awat naik number lain…

dah bercakap dalam 2 ayat camtu baru aku tau, rupanya ni baya yang call….

cehhh

terkejut beruk mak dibuatnya, tak disangka2 boleh pulak cik kawan kita yang nak bertunang ni call…

isi intipati call kali ni aku tak nak tulis, lagipun baya dah tau pasal blog ni and aku dah tak ada apa2 nak dikejarkan pasal dia, walaupun purpose blog ni di register sebab nak tulis pasal baya, tapi aku terima la kenyataan yang aku punya cinta sejati ni tak kesampaian. hahah. amacam syahdu tak ayat aku macam lagu glenn fredly?

kenapa baya call? aku happy. sebab tak sangka kan. Semalam time chat kat facebook baya adalah cakap sorry pasal menghilang macam tu je…tak kisah pun, benda dah berlalu lagipun aku dah bergerak on (moved on). Baya nak bertunang dah pun so kira macam friendly call ja laa..aku tak mengharapkan apa2 asalkan baya sihat selalu, ceria selalu dan bahagia selalu..dah cukup bagus untuk dia.

Hero macam aku ni biasa laa kalah dulu, nanti kat tengah2 cerita mesti ada heroin cun muncul, ending cerita ni adalah aku kawin dengan heroin tersebut, background rumah cantik kat shah alam, karier aku dengan air asia/ transmile/ firefly/singapore airlines/maswings/global air express sebagai seorang top gun first officer dan 2 bijik kereta. Satu toyol ta harrier satu lagi honda jazz. Dua2 keta recond beli kat motor trader. Yang harrier tu aku order ada reverse camera. Ok lah tu kan beli keta second hand dulu. nak beli baru tak mampu, lagipun aku banyak utang nak kena settle ni. Hutang jimi 50, hutang miji pun 50. Hutang adik aku tadi beli makanan kucing dalam RM 4.

Cinta amik masa sikit nak hilang, baya explain something tadi kat aku so aku pahamm…thanks sebab call laa baya…rajin2 mai la komen sekupang dua kat blog yang penuh ketidak sempurnaan ini.

Jadi, pada hari ni amirul hunky dunky tersenyum sebab tu dia tulis blog ni. Tak leh senyum pun dia akan tulis jugak.

DSC00183nah farid!!! amik hang. tu dia gambaq pekan slim river lengkap ngan stesen komuter…